Langsir

langsir-pic

Keistimewaan langsir adalah untuk menambahkan seri, mencantikkan ruang dan menyerikan suasana didalam kediaman, pejabat dan sebagainya. Selain itu, langsir juga dapat mengawal jumlah kemasukan cahaya didalam sesebuah ruang, mengurangkan habuk dari luar dan melindungi privasi. Langsir juga mencerminkan personaliti pemilik.

Oleh itu, ianya merupakan elemen yang penting didalam dekorasi sesebuah tempat kerana langsir boleh memberikan impak besar dalam penataan gaya keseluruhan kediaman.

Terdapat pelbagai jenis paten langsir yang diperbuat daripada pelbagai jenis fabrik, warna dan corak yang berbeza. Warna dan corak fabrik akan membangkitkan suasana yang berbeza kepada sesebuah ruang. Malah, sesebuah ruang boleh menjadi luas atau sempit dengan langsir.

Justeru, ianya terpulang kepada kreativiti dan cita rasa pemilik, untuk mengubah sesebuah ruang menjadi menarik dan ceria dengan pelbagai gaya langsir.