Kursus Jahitan Langsir

PENGENALAN
Azlinda Creative Centre menganjurkan kursus jahitan langsir bagi mereka yang berminat untuk mempelajari cara menjahit pelbagai jenis langsir. Secara ringkasnya, peserta kursus akan diajar mengira fabrik, melukis pola dan langkah demi langkah didalam membuat langsir.

A. KAEDAH PEMBELAJARAN
Kaedah pembelajaran yang akan diterapkan kepada setiap peserta kursus adalah seperti yang berikut :

1. Cara Menjahit Yang Mudah
2. Cara-Cara Mengambil Ukuran
3. Pemilihan Jenis Fabrik Yang Sesuai
4. Cara Memotong Fabrik
5. Kiraan Jumlah Fabrik Yang Diperlukan

B. JADUAL
Kursus jahitan langsir ini diadakan secara dua sesi pada hari biasa, dan sepanjang hari pada hari sabtu dan ahad. Peserta kursus boleh memilih sesi yang sesuai dengan mereka. Berikut adalah jadual kursus jahitan langsir :

Sesi 1 : 10.00 pagi ~ 12.00 tengahari
Sesi 11 : 2.00 petang ~ 5.00 petang
Sabtu/Ahad : 10.00 pagi ~ 5.00 petang

C. KEISTIMEWAAN
Keistimewaan yang akan diperolehi oleh peserta kursus kami adalah seperti yang berikut :

• Yuran Yang Berpatutan
• Guru Yang Berpengalaman
• Ruang Bengkel Jahitan Yang Selesa
• Belajar Hingga Mahir
• Sijil Kursus

D. PAKEJ
Terdapat tiga jenis pakej untuk kursus jahitan langsir ini :

1.Peringkat Asas (Basic Level)
2.Peringkat Pertengahan (Middle Level)
3.Peringkat Lanjutan (Advanced Level)

Harga dan modul kursus bagi setiap pakej adalah berbeza.

Download Brosur Kursus Jahitan Langsir – AZLINDA CREATIVE CENTRE

E. SYARAT
Setiap peserta kursus perlu membawa bahan jahitan yang berikut semasa menghadiri kursus jahitan langsir :

1. Buku Nota
2. Pita Ukur Langsir (Besi)
3. Pembaris & Kayu Ukur Pembaris
4. Gunting Untuk Memotong Fabrik
5. Gunting Untuk Mengunting Pola Kertas
6. Penetas Jahitan
7. Kalkulator
8. Jarum Peniti
9. Pita Tape Langsir (Stripe Tape)
10.Kain Langsir

F. CARA PENDAFTARAN
Kursus jahitan langsir ini terbuka kepada sesiapa sahaja. Selain peserta dari negeri Johor, peserta dari negeri lain juga dialu-alukan untuk menyertai kursus jahitan langsir yang dianjurkan oleh Azlinda Creative Centre.

Bagi memudahkan pendaftaran, setiap bakal peserta kursus dinasihatkan untuk memilih pakej dan jadual kursus yang sesuai untuk mereka.

Cara pendaftaran dan pembayaran kursus adalah sama ada dengan datang sendiri ke Azlinda Creative Centre, Whatsapp, menghubungi atau menghantar sms kepada Puan Azlinda Debab. Yuran pendaftaran bagi menyertai kursus jahitan langsir ini adalah berbeza mengikut pakej. Bayaran yuran termasuk pakej untuk pola-pola langsir, kertas melukis pola dan sijil kursus.

G. LOKASI
Lokasi utama bagi kursus jahitan langsir ini adalah di Batu Pahat, Johor (Berhampiran dengan Ayer Hitam). Sila klik disini, untuk maklumat lanjut. Bagi lokasi lain, ianya boleh dirundingkan.

AZLINDA CREATIVE CENTRE (JR0038024-K)
No 251 A, Kg Parit Nipah Darat,
Parit Raja, 86400 Batu Pahat,
Johor Darul Takzim.

PUAN AZLINDA DEBAB
H/P : +6019 281 2103

Untuk sebarang pertanyaan mengenai kursus jahitan langsir ini, anda boleh Whatsapp, menghubungi atau menghantar sms kepada Puan Azlinda Debab.

Terima Kasih Diatas Sokongan Anda.