Syarikat

Azlinda Creative Centre

linda2

Selamat datang ke Azlinda Creative Centre.

Azlinda Creative Centre (JR0038024-K) merupakan sebuah syarikat Bumiputera, dan telah ditubuhkan oleh Puan Azlinda binti Debab yang berpengalaman sebagai tenaga pengajar (konsultan) dengan MARA dan perunding jahitan langsir dengan beberapa syarikat langsir.

Beliau merupakan penulis buku yang bertajuk Variasi Jahitan Langsir, terbitan ALAF 21 (Karangkraf). Buku yang terhasil diatas dorongan idola beliau iaitu Puan Mariam Abu Bakar, ditambah dengan keinginan beliau untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman didalam bidang jahitan langsir.

Oleh kerana minat yang tinggi didalam bidang jahitan langsir, telah mendorong beliau untuk mendapatkan pendidikan secara formal di Dian Training Centre, Kuala Lumpur pada tahun 1994 didalam bidang Reka Cipta Jahitan Langsir.

Seterusnya pada tahun 2002, beliau telah menyertai kursus yang dianjurkan oleh MARA didalam bidang jahitan langsir menerusi Program Usahawan Teknikal MARA (PUTEK).

Pada tahun 2003, beliau telah menyertai kursus Induksi Pertauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia yang dianjuran oleh MLVK (Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan). Pihak MARA telah mengiktiraf bakat dan pengetahuan yang dipunyai oleh Puan Azlinda binti Debab, dengan melantik beliau sebagai salah seorang tenaga pengajar (konsultan) untuk bidang jahitan langsir pada tahun 2005. Beliau juga pernah mengendalikan kursus-kursus jahitan langsir dari tempoh 2004 hingga 2010.

Syarikat-syarikat langsir seperti Kedai Bunga Raya Banting, Kedai Langsir Taman Seri Medan Teluk Panglima Garang dan lain-lain lagi, pernah melantik beliau sebagai perunding jahitan langsir.

Azlinda Creative Centre yang beroperasi di Batu Pahat, Johor menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan seperti tempahan langsir untuk rumah, pejabat, institusi, sekolah, hotel dan sebagainya dengan pelbagai pilihan paten langsir pada harga yang berpatutan. Kami amat mementingkan kualiti jahitan demi kepuasan para pelanggan.

Selain itu, kami juga menganjurkan kursus jahitan langsir bagi mereka yang berminat didalam bidang jahitan langsir, tempahan tudung dan shawl serta menjual buku Variasi Jahitan Langsir.

Terima kasih.

 

PERKHIDMATAN KAMI

TEMPAHAN LANGSIR

Untuk rumah, pejabat, institusi, sekolah, hotel dan sebagainya dengan pelbagai pilihan paten langsir pada harga yang berpatutan. Kami amat mementingkan kualiti jahitan demi kepuasan para pelanggan.

KURSUS JAHITAN LANGSIR

Jom belajar menjahit langsir. Terbuka kepada semua. Teori & Pratikal. Terdapat tiga pakej iaitu Pakej Asas, Pakej Pertengahan dan Pakej Lanjutan.

BUKU VARIASI JAHITAN LANGSIR

Memaparkan kaedah menjahit langsir dengan mudah. Anda akan diajar cara ringkas untuk mengira fabrik, melukis pola dan langkah demi langkah didalam membuat langsir. Turut dimuatkan didalam buku ini adalah cara menjahit pelbagai jenis langsir, yang menarik untuk dicuba. Dapatkan sekarang! Ianya kini dipasaran.

TEMPAHAN TUDUNG & SHAWL

Terdapat pelbagai pilihan rekaan dan fabrik. Tempahlah sekarang. Kelas jahitan tudung akan diadakan akan datang.