Soalan Lazim

Q?

Apakah perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh Azlinda Creative Centre?

A.

Azlinda Creative Centre menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti tempahan langsir, kursus jahitan langsir, tempahan tudung dan shawl serta menjual buku Variasi Jahitan Langsir.

Q?

Bagaimana caranya untuk membuat tempahan langsir?

A.

Pelanggan boleh membuat tempahan langsir melalui tiga cara, iaitu dengan datang sendiri ke premis, Whatsapp atau menghubungi Puan Azlinda Debab. Pelanggan dikehendaki untuk menyatakan ukuran langsir yang ingin ditempah.

Q?

Berapa lamakah masa yang diambil untuk menyiapkan tempahan langsir?

A.

Jangkamasa yang diambil untuk menyiapkan tempahan langsir adalah bergantung kepada paten langsir dan kuantiti tempahan. Secara amnya, dalam tempoh satu minggu atau dua minggu.

Q?

Adakah pelanggan boleh membuat tempahan langsir mengikut rekaan sendiri?

A.

Ya. Pelanggan boleh membuat tempahan langsir mengikut rekaan sendiri. Semasa proses tempahan, pelanggan dikehendaki untuk membawa atau memberi penjelasan tentang rekaan yang diingini.

Q?

Berapakah kos untuk tempahan langsir?

A.

Kos untuk tempahan langsir adalah bergantung kepada paten langsir.

Q?

Bagaimana caranya untuk membuat pembayaran bagi tempahan langsir?

A.

Cara pembayaran bagi tempahan langsir adalah menerusi bank transfer atau bank-in, sama ada melalui MAYBANK atau CIMB.

Nama Bank : MAYBANK
No Akaun : 151584141666
Nama Akaun : AZLINDA BINTI DEBAB

Nama Bank : CIMB
No Akaun : 12230087455524
Nama Akaun : AZLINDA BINTI DEBAB

Q?

Adakah pelanggan boleh menempah langsir secara online?

A.

Ya. Pelanggan boleh menempah langsir secara online namun dikehendaki untuk memberi penjelasan tentang rekaan yang diingini dan membayar deposit terlebih dahulu.

Q?

Adakah pelanggan boleh datang ke Azlinda Creative Centre untuk melihat sendiri produk-produk yang ditawarkan?

A.

Ya. Pelanggan digalakkan untuk mengunjungi premis kami bagi melihat sendiri produk-produk langsir, tudung dan shawl yang dihasilkan oleh pihak kami. Sila klik disini,  untuk maklumat lanjut.

Q?

Adakah pelanggan boleh membuat tempahan langsir pada bulan puasa?

A.

Ya. Pelanggan boleh membuat tempahan langsir pada bulan puasa, namun tempahan hanya akan diterima sehingga seminggu sebelum hari raya.

Q?

Adakah pelanggan yang tidak mempunyai kemahiran menjahit, boleh menyertai kursus jahitan langsir?

A.

Ya. Kami mengalu-alukan pelanggan yang ingin belajar untuk menjahit langsir walaupun tiada kemahiran. Kursus jahitan langsir terbuka kepada semua golongan dan peringkat umur, asalkan ada kesungguhan dan minat. Kursus bermula dengan peringkat asas jahitan dahulu, kemudiannya di ikuti dengan peringkat pertengahan dan peringkat lanjutan.

Q?

Bagaimana caranya untuk mendaftar Kursus Jahitan Langsir?

A.

Sila klik disini, untuk maklumat lanjut.

Q?

Adakah pelanggan boleh mendaftar kursus jahitan langsir secara online?

A.

Ya. Sila klik disini, untuk maklumat lanjut.

Q?

Apakah syarat-syarat untuk menyertai kursus jahitan langsir?

A.

Sila klik disini, untuk maklumat lanjut.

Q?

Bagaimanakah caranya untuk membuat pembayaran bagi kursus jahitan langsir?

A.

Pembayaran bagi kursus jahitan langsir boleh dilakukan semasa pendaftaran. Sila klik disini, untuk maklumat lanjut.

Q?

Adakah pelanggan boleh membayar yuran pendaftaran secara deposit?

A.

Ya. Pelanggan boleh membayar yuran pendaftaran secara deposit, iaitu 50% daripada jumlah harga pakej yang diambil.

Q?

Adakah peserta kursus jahitan langsir dibenarkan untuk menukar pakej, tarikh dan hari kursus?

A.

Ya. Perubahan boleh dilakukan mengikut masa individu.

Q?

Adakah kursus jahitan langsir ini boleh diadakan ditempat lain?

A.

Ya. Pihak kami merancang untuk mengadakan kursus jahitan langsir ini di setiap negeri. Kami mengalu-alukan penganjur yang ingin bekerjasama untuk mengendalikan kursus jahitan langsir. Pihak kami akan menyediakan tenaga pengajar yang berpengalaman.

Q?

Adakah kursus jahitan langsir diadakan di KL dan Selangor?

A.

Bagi kawasan Kuala Lumpur  dan Selangor, pendaftaran bagi kursus jahitan langsir boleh dilakukan melalui Pn. Azlin (+6010 283 5617).  Jumlah minimum peserta bagi setiap sesi adalah diantara tiga hingga lima orang. Kursus jahitan langsir akan diadakan pada pukul 9 pagi hingga 5 petang, bermula dengan peringkat asas.

Q?

Bagaimana caranya untuk mendapatkan buku Variasi Jahitan Langsir?

A.

Sila klik disini, untuk maklumat lanjut. Sila nantikan kemunculan buku Variasi Jahitan Langsir edisi kedua tidak lama lagi.

Q?

Berapa meter kain yang perlu dibawa semasa menghadiri kursus jahitan langsir?

A.

Pihak kami akan memaklumkan kepada peserta kursus jahitan langsir, semasa pendaftaran kelas.

Q?

Adakah penginapan akan disediakan untuk peserta kursus yang datang daripada luar kawasan Batu Pahat?

A.

Ya.  Penginapan akan disediakan untuk peserta kursus yang datang daripada luar kawasan Batu Pahat.